Monday 19 August 2013

MENU


PULUT PAGI


NASI KERABU


NASI ITIK SERATI


NASI BERLAUK IKAN TONGKOL


NASI DAGANG


NASI AYAM KAMPUNG


AYAM KAMPUNG GORENG

LOCATION


Nama Perniagaan : SAJIAN ASLI MAK WAN


Alamat Perniagaan : NO 188B Lorong Keramat 13 Kg. Datuk Keramat 54200 Kuala Lumpur.
Hari Perniagaan : SELASA - AHAD ISNIN (TUTUP)

Masa Perniagaan : Jam 7.00 pagi - 12.00 tengahari (untuk sarapan pagi sahaja)

Telefon / Faks : 03 - 425222445 - Kedai, 013 - 3389001 - HP

Untuk Tempahan : - Tempahan Bungkus / Kenduri

ABOUT US




Nama perniagaan asalnya ialah KEDAI KOPI PANTAI TIMOR. Mula ditubuhkan sekitar awal tahun 1970 oleh En. Mohd. Nor b. Hj. Jusof (ayah) dan Wan Fatimah bt. Wan Yusoff (ibu). Menu utama pada masa itu adalah berbagai jenis masakan mee seperti mee sup, mee/bihun goreng serta pelbagai jenis sup ayam dan sup tulang. Pelanggan di era 70-an masih lagi ingat dengan keenakan dan kelazatan pelbagai jenis mee waktu itu.
Pada awal 80-an, menu terbaru muncul iaitu nasi berlauk, nasi kerabu dan nasi dagang. Makanan tersebut dijual pada waktu pagi sebagai sarapan bagi orang-orang yang berasal dari Pantai Timur khususnya orang Kelantan dan Terengganu. Nasi berlauk "Mak Wan" menjadi satu kemestian bagi pelanggan-pelanggan.
Tahun 90-an, era nasi berlauk terus meniti ke kemuncaknya sehinggalah pada tahun 1994 pengasasnya (ayah) telah meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. Nasi berlauk Mak Wan terus melangkah ke depan walaupun masa perniagaan terpaksa dipendekkan iaitu hanya berniaga pada waktu pagi sahaja. Mak Wan terus gagahkan dirinya untuk meneruskan perniagaannya. Allah Maha Penyayang, Mak Wan telah dipanggil Ilahi pada tahun 1998. Begitulah lumrahnya sebuah penghidupan bagi manusia yang dicipta olehNya. Perniagaan terpaksa dihentikan setakat itu sahaja.
Mujurlah ada anaknya yang masih lagi bersemangat untuk meneruskan cita-cita arwah Mak Wan. Pada tahun tersebut selepas tiga bulan arwah Mak Wan meninggal, saya yang bernama Abd. Halim b. Mohd. Nor bertekad untuk meneruskan perniagaan yang terhenti. Walaupun pada masa yang sama saya terpaksa meletakkan jawatan di Syarikat Sapura Holding Sdn. Bhd. Dengan inisiatif dan dorongan pelanggan maka saya mendaftarkan perniagaan dengan nama Sajian Asli Mak Wan yang ditubuhkan dengan rasminya pada 16hb. Ogos 1998. Disinilah bermulanya era Sajian Asli Mak Wan dengan motto "Keaslian Rasa Keutamaan Kami" . Sajian Asli Mak Wan telah melalui liku-liku sukar pada mula ianya bertapak. Dengan wang ganjaran dari pihak Syarikat Sapura Holding dan bantuan kewangan Tabung Usahawan Kecil yang disarankann oleh Bank Bumiputera Malaysia. Terima kasih pada bank tersebut dan Syarikat Sapura. Lebih kurang 6 tahun perniagaan dijalankan, alhamdulillah perniagaan berjalan dengan lancar. Pelbagai pembaharuan dilakukan seperti membuat ubahsuai dalaman, menempah pelbagai cabinet steel dan lain-lain lagi bagi menceriakan suasana perniagaan dengan tujuan untuk menghargai pelanggan yang memberikan sokongan.